Friday, March 21, 2014

DANNY ! You Must Do It !!! Must!!!

Alhamdulillah..
That's the only words yang boleh aku katakan.. pejam celik usia kandungan dah hampir ke 7 bulan, rasa baru semalam aku update part 1 punya story.. banyak jugak dugaan dialam kehamilan kali ini, alhamdulillah segala simpton yg berkaitan berjaya ditangani..Syukur juga kesihatan yang mantap dan berat badan yang berjaga dikawal semua berkat usaha doctor dan aku! heheeee.. dah hampir tujuh bulan ni berat aku cuma naik 2 kilo sahaja sejak dari start disahkan hamil..cemerlang kan :-D .. rezeki Allah ini buat aku tambah menghargai erti sebuah kehidupan.. bukan mudah untuk memiliki anugerah Nya yang tak terhingga ni..aku benar-benar bersyukur dengan nikmatMu ini ya Allah..
Ok, kali ini sebenarnya nak mengomen about my baby boy.. baby ye? danny the notty!!

makin hari makin lasak.. nakal dan budak yang memang sukar ditarik minatnyer utk belajar..aku dianugerahkan anak pertama yang Alhamdulillah hebat peribadi dan tinggi akalnya.. tak perlu risau akan pelajarannya.. tapi benarlah kata cendiakawan anak2 ini dilahirkan dengan segala perbezaan antara satu sama lain..aku redha..tapi ibu mana yang nak membiarkan anaknya terus begitu kan? maka aku dengan segala tenaga yang ada akan berjanji menjadikan amanah Allah ini agar terbentuk sebagai yang terbaik dikalangannya.. cehhhh..You Can Do It !!
Antara amalan yang aku rasa mudah , percuma dan mampu dilakukan oleh semua ibu!
Aku amik dari page "ibu bapa cemerlang" haaa nampak tak cita2 tinggi aku.. nak jadi Ibu bapa cemerlang.. tapi aku percaya semua parents pun nak jadi begitu,.. betoi tak? so.. inilah dia.. amalan yang boleh kita amalakan untuk melembutkan hati dan membentuk anak2.. harus dibacakan pada makanan dan minuman yang kita berikan pada mereka sehari-harian..seeloknya diamalkan selama 40 hari atau selama mungkin.. Wallahhuaklam... InsyaAllah...
Selawat - 7 X   

Al Fatihah – 7 X

Al IkhLas – 7X

Al Falaq – 7 x

An Nas – 7 X

 


Tapi ada pulak orang tanya macam mana nak baca 40 hari.. sbg wanita mesti kita ada cuti within 40 hari tu kan? macam aku takpe tengah hamil.. memang takde cuti... Heeheeeee jawapannya ... tanyalah ustaz dan ustzah ye.. tapi aku dah google ayat2 diatas boleh dibaca ketika haid.. Wallahuaklam..
Sekian ye kawan2.. moga ada lagi kesempatan untuk aku menulis di coretan akan datang.. Salam Cinta Kasih Sayang..MMMMMuuahhhhhh!!!!!!