Friday, April 25, 2014

'BREECH BABY' DUGAAN ALLAH.. Untuk aku terus mengingatiNya..Alhamdulillah..

Ini bukan perut aku tau :-D tapi pertanyaan baby tu sama lah pertanyaan si puteri yang bertuah dalam pewot aku nie :-) mayb dia confius? dari 6 Bulan lagi doktor dah sahkan 'She is in a breech condition' singkatnya Songsang :-( sampai last checkup hari tu '28 Weeks' = 7 bulan dia masih dia tempat sama.. Allah tu Maha Kaya.. dia tunaikan permintaan aku yang dah lama menanti malaikat kecilnya untuk aku lahirkan, tapi menduga aku dengan keadaan ini.. Supaya aku terus mengingatiNya dan tidak alpa dengan nikmatNya..
           Alhamdulillah.. itu lah sahaja ayat yang mampu buat aku terus kuat dengan dugaannya.. kalau dugaan ini untuk aku terus mengingati dan mengagungkanMu.. aku redha..Andai ini penghapusan dosa - dosa silam ku dan kealpaan ku pada dunia fana mu ini Ya Allah.. aku tambah redha dan memanjatkan syukur padamu Ya Allah...
           Aku tidak mempunyai apa2 masalah sepanjang kehamilan ini selain mabuk diawal kehamilan.. selebihnya aku amat selesa dengan kehamilan ini berbanding dengan kehamilan sebelum ini. Selesa dan kuat dari segala segi.. Namun kelahiran kedua-dua anakku yang sebelum ini pula amat mudah dan selamat dilahirkan secara normal buat aku amat amat takut dengan berita yang doktor sampaikan ini, sementelah pula kelahiran secara cesareans sahaja yang mampu menyelamatkan kami berdua.. apa yang mampu aku lakukan berdoa agar keajaiban berlaku sehingga masa kelahirannya kelak.. Amin..
            Walaupun ada yang sarankan aku untuk berurut.. segala consequences yang telah dinyatakan doktor dan hasil dari 'penggooglelan' buatkan aku jadi lagi tambah takut.. that's why my conclusion just hope that she will be back in correct position on one 'fine' day.. Amin...
             Apapun.. aku harap kami berdua selamat bila sampai waktunya nanti.. Mohon doa kalian juga dari aku manusia yang menumpang di bumi mu ini Ya Allah..



         

Friday, March 21, 2014

DANNY ! You Must Do It !!! Must!!!

Alhamdulillah..
That's the only words yang boleh aku katakan.. pejam celik usia kandungan dah hampir ke 7 bulan, rasa baru semalam aku update part 1 punya story.. banyak jugak dugaan dialam kehamilan kali ini, alhamdulillah segala simpton yg berkaitan berjaya ditangani..Syukur juga kesihatan yang mantap dan berat badan yang berjaga dikawal semua berkat usaha doctor dan aku! heheeee.. dah hampir tujuh bulan ni berat aku cuma naik 2 kilo sahaja sejak dari start disahkan hamil..cemerlang kan :-D .. rezeki Allah ini buat aku tambah menghargai erti sebuah kehidupan.. bukan mudah untuk memiliki anugerah Nya yang tak terhingga ni..aku benar-benar bersyukur dengan nikmatMu ini ya Allah..
Ok, kali ini sebenarnya nak mengomen about my baby boy.. baby ye? danny the notty!!

makin hari makin lasak.. nakal dan budak yang memang sukar ditarik minatnyer utk belajar..aku dianugerahkan anak pertama yang Alhamdulillah hebat peribadi dan tinggi akalnya.. tak perlu risau akan pelajarannya.. tapi benarlah kata cendiakawan anak2 ini dilahirkan dengan segala perbezaan antara satu sama lain..aku redha..tapi ibu mana yang nak membiarkan anaknya terus begitu kan? maka aku dengan segala tenaga yang ada akan berjanji menjadikan amanah Allah ini agar terbentuk sebagai yang terbaik dikalangannya.. cehhhh..You Can Do It !!
Antara amalan yang aku rasa mudah , percuma dan mampu dilakukan oleh semua ibu!
Aku amik dari page "ibu bapa cemerlang" haaa nampak tak cita2 tinggi aku.. nak jadi Ibu bapa cemerlang.. tapi aku percaya semua parents pun nak jadi begitu,.. betoi tak? so.. inilah dia.. amalan yang boleh kita amalakan untuk melembutkan hati dan membentuk anak2.. harus dibacakan pada makanan dan minuman yang kita berikan pada mereka sehari-harian..seeloknya diamalkan selama 40 hari atau selama mungkin.. Wallahhuaklam... InsyaAllah...
Selawat - 7 X   

Al Fatihah – 7 X

Al IkhLas – 7X

Al Falaq – 7 x

An Nas – 7 X

 


Tapi ada pulak orang tanya macam mana nak baca 40 hari.. sbg wanita mesti kita ada cuti within 40 hari tu kan? macam aku takpe tengah hamil.. memang takde cuti... Heeheeeee jawapannya ... tanyalah ustaz dan ustzah ye.. tapi aku dah google ayat2 diatas boleh dibaca ketika haid.. Wallahuaklam..
Sekian ye kawan2.. moga ada lagi kesempatan untuk aku menulis di coretan akan datang.. Salam Cinta Kasih Sayang..MMMMMuuahhhhhh!!!!!!

Sunday, November 24, 2013

PRECIOUS GIFT - 3RD VERSION - Part 1

Bertemu lagi.. lama dah tak belek2 blog nie, sibuk la sangat kan..
Sejak hari 'itu' mmg meronta2 hati ni nak share "good news" with u all..
aku memang wanita yang selalu lewat datang bulan, tak la lewat sgt, tapi sebab we all ni mmg nak sgt tambah zuriat, so setiap kelewatan itu satu debaran.. so hampir 2 tahun menanti, alkisahnya pada 4 nov yang lalu, gatal pulak nak pergi beli UPT.. untuk makluman semua..every month aku beli tau UPT nie, sampai anak2 pun paham dah maksud single line dengan double line kat UPT tu.. heheeee..
on that day, aku makan piza, kat opis jer.. ntah kenapa rasa mcm '****" sgt piza tu.. walaupun hakikatnya aku ni kalau sekali telan piza tu, mau 2, 3 slice.. lepas makan tu ajak collegue opis g watsons beli UPT, walaupun last period 07th Septbember, hati ni masih tak berharap akan 'rezeki' tu.. tapi mmg 70% body condition dah berubah for the last 2,3 weeks, so aku decide to take the UPT for confirmation, lepas buat tu, letak la UPT tu kat sink, cheewaaahh.. konon2 tak nak berharap langsung la kan.. lps dah bersihkan segala apa yang patut, mata ni pandang la kat strip tu! Ya Allah, terkejut cipanzi dibuatnya.. 
dalam hati Allah je tahu betapa bersyukur dan berterima kasihnya aku pada Mu .. Ya Allah..
Orang yang paling tak sabar sekali aku nak share good news ni, mestilah anak2 aku yang sememangnya tak sabar nak ada geng baru..ialah farish pun dah 6 tahun tahun depan, rasanya memang correct time lah nak beradik lagi kan.. tisha pulak dah jemu dgn adik dia yang seorang ni.. heeheeee- bila balik rumah, husband pun happy sama, Allah je tahu betapa kitorang menghargai pemberianNya yang tak ternilai ni.. tak sabar nak gi jumpa doktor untuk confirmkan lagi benda nie.. so terjawablah kenapa segala bengkak yang ada pada asset aku, selera makan yang kurang, feeling nak tidoooo jer semenjak dua menjak nie. Untuk si kakak yang sambut birthday 7hb nov ni, aku rasa inilah hadiah harijadi yang paling bermakna untuk dia.
Akhirnya 7hb nov, cik abang pun free untuk bawak aku pergi check-up for the first time, macam biasa Hospital Bersalin Razif lah pilihan kami, dua dua permata pun checkup dan lahir kat situ, so yang ketiga haruslah kan.. sampai sana lebih kurang pukul 8 malam, malam tu check up dengan dr.sathia yang cantik lagi manis.. heehee (perlu ke?) benda lain tak buat tanjat sangat..berat aku tu yang aku tanjat.. memang tanjat tau..bukan buat2 tanjat.. hahahaaa 88KG okay.. baru 8 minggu.. haisshhhh risau beno ler jadinya.. dulu masa farish 9 bulan pun tak sampai 80kg.. dulu... dulu lain kan.. hahahaa.. tapi still sedap hati lagi sebab doc kata healthy pregnancy.. Alhamdulillah.. kat mana yang healthy tu tak pasti yer.. hahahaaaa... lagi 2 minggu jumpa lagi yer.. kata dr.sathia yang manis tu..
Lpas jer first check up.. apa lagi.. bermulalah episode mengada2 dalam hidup aku.. aku tak boleh sentuh nasi.. ayam.. sayur masak tumis.. masak lemak.. apa yang berbau memang i'm sorry..muntah2 morning sickness ngalahkan orang ngandong sulung.. yang paling sedih.. sian kan anak2 n laki aku.. kalau aku masak.. mmg boleh.. aku tahan la bau dapor tu.. tapi lps jer kuar dari dapur tu.. masyaAllah.. segala isi perut keluar.. so bad.. bukan aku ngeluh..tapi aku bangga dan bersyukur kerana aku diberi  kesempatan untuk hamil lagi.. chewahhh.. nampak tak.. sedapkan hati sendiri.. cheeerssssss :-)
Bila 2nd checkup 21 nov lalu.. ada suka.. ada duka.. dukanya kena marah.. berat turun.. haaa... 2 minggu 3.5 kilo.. korang ada? heheee.. selama ni makan SD2 pun tak dapat taw.. hahahaa... pastu scan lagi sekali.. doc kata baby baru 7 minggu.. adoiii hari tu scan lapan minggu . dah 2 minggu tunggu 7 minggu pulak.. itulah katanya.. sebab hari tu tak nampak saiz baby..sekarang dah nampak n dah ada heart beat.. apa2 lah doctor.. saya ni lemau.. masuk kiri keluar kanan,..dalam otak ni nak balik tido.. boleh?? yang penting baby sehat.. n perfect size.. aku rasa betul jugak doc nie.. maklumlah.. aku kan selalu lambat datang bulan.. "takpe puan.. nanti lagi 2 minggu kita jumpa lagi n follow up further okay.." ok sangat.. "percuma" kan.. hahahaaa...
So inilah coretan kesyukuran aku untuk kali ini, InsyaAllah kalau rajin bertemu kita di coretan seterusnya.. Doakan keselamatan dan kekuatan untuk aku ye teman2 mengharungi alam kehamilan ini.. Sekali lagi..
Terima Kasih Allah atas kurniaanMu ini :-)

Friday, February 8, 2013

~ 8th Anniversary ~ Luvly Outing~

Salam...

Alhamdulillah..
Pada selasa yang lalu..genap usia perkahwinan kami yang ke-8 tahun :-) Panjang kisahnya bagi usia 8 tahun tu, rasanya segala onak dan duri yang dilalui selama ini ternyata dapat mematangkan kami berdua,seterusnya buat kami rasa bangga untuknya. Ditambah lagi dengan anugerah dari Allah S.W.T iaitu sepasang zuriat yang kami kira tiada nilai galang gantinya.
Walaupun pada awal usia perkahwinan sukar untuk kami memahami antara satu sama lain, maklumlah perkahwinan daripada jangkamasa perkenalan yang boleh dikatakan singkat dan kurang memberi waktu untuk kami memahami hati budi masing-masing. Di tambah lagi dengan jarak umur yang amat berbeza menambahkan lagi dugaan dalam mengenal erti hatibudi dan sikap masing-masing, I think sifat sabar suami dan bimbingannya lebih menyelamatkan segalanya.. dibandingkan sikap I yang kurang matang, panas baran dan segala sifat yg ada pada anak bongsu.. hehehee... 









So, inilah yang kami dapat lakukan pada hari rabu yang lalu.. masing-masing curi waktu kerja untuk keluar 'dating' tempatnya :: The Curve@Mutiara Damansara, actually lokasi ni pilihan hati I, maklumlah dulu2 selalu dtg dating sini, lepas kahwin pulak, faktor jarak dan anak2 buat kami lebih selesa datang 'mall' yg lebih dekat dengan rumah jew~ But now, finally I datang sini lagi!  
Mula2 kitorang makan dulu.. dekat IPC , sebab hubby salah parking ~ so makan pun kan restaurant nyoya je yang ada kat bawah sebelum entrance IKEA~ not bad food dia ~ lepas tu terus rushing pergi Cathay Cineplax, sebab movie start pukul 6.15.. after rushing like 'mad' finally we reach here! 
PLATINUM MOVIE SUITS @ Cathay Cineplax - E-Curve - Mutiara Damansara.
Rasa best sangat dengan tempat ala-ala VVIP nie, actually bila kita beli PMS ticket ni memang banyak benefitnyer.. rasa berbaloi sangat dengan harga nya.. kita boleh masuk 1 hour early before movie start.. enjoy soft drinks (FREE) massage chair~ free and easy with TV and magazines ~
FREE online with computer..some more.. dalam PMS nie, ada 12 couple seat jer.. yang mana sofa nyer besar sangat untuk orang yang besar macam aku nie ha.. hahahahaaaada meja kecil  untuk kita letakkan segala barang  dan yang penting boleh reclined...BEST! batak sekejap kami.. yang paling  best PMS hari ni tak de orang.. so :: kitorang berdua jew.. Mmg happy and enjoy sgt.. harap2 boleh bawak kawan2 baik i pulak datang sini suatu hari nanti! insyalallah...  XOXO !!

Thursday, January 31, 2013

Precious Moment ~ Polkadot dot dot dot

Ha.. Malam tadi sibuk buat apam polkadot dot n dot ni haaa..

ni percubaan ke empat.. 1st and 2nd tak berapa menjadi...

yang ketiga cemerlanggggg :-D so meh sini...

lepas dah letak adunan yg colourful ni ha... baru teringat nak snap picture...
haahahaaa kesian aku kan?

Okay lain2 gambar tak sempat snap.. maklumlah.. buat sorang-sorang.. asistant pun tak bape nak assist.. Hee hee hee

Ta da... nie la hasilnyer....


cantik tak?? HEE HEEEEE HEEEEE ~

ni close up nyer...


Alhamdulillah...

anak2 suke makan... maknyer lagi la... hahahaaa.. sbnarnya ni order dari danny boy yang nak sambut maulidurrasul kat sekolah.. so.. tapaukan nie je untuk dia...

Ok 

that all..

XOXO

Love You All
S.A.L.A.M