Friday, February 8, 2013

~ 8th Anniversary ~ Luvly Outing~

Salam...

Alhamdulillah..
Pada selasa yang lalu..genap usia perkahwinan kami yang ke-8 tahun :-) Panjang kisahnya bagi usia 8 tahun tu, rasanya segala onak dan duri yang dilalui selama ini ternyata dapat mematangkan kami berdua,seterusnya buat kami rasa bangga untuknya. Ditambah lagi dengan anugerah dari Allah S.W.T iaitu sepasang zuriat yang kami kira tiada nilai galang gantinya.
Walaupun pada awal usia perkahwinan sukar untuk kami memahami antara satu sama lain, maklumlah perkahwinan daripada jangkamasa perkenalan yang boleh dikatakan singkat dan kurang memberi waktu untuk kami memahami hati budi masing-masing. Di tambah lagi dengan jarak umur yang amat berbeza menambahkan lagi dugaan dalam mengenal erti hatibudi dan sikap masing-masing, I think sifat sabar suami dan bimbingannya lebih menyelamatkan segalanya.. dibandingkan sikap I yang kurang matang, panas baran dan segala sifat yg ada pada anak bongsu.. hehehee... 









So, inilah yang kami dapat lakukan pada hari rabu yang lalu.. masing-masing curi waktu kerja untuk keluar 'dating' tempatnya :: The Curve@Mutiara Damansara, actually lokasi ni pilihan hati I, maklumlah dulu2 selalu dtg dating sini, lepas kahwin pulak, faktor jarak dan anak2 buat kami lebih selesa datang 'mall' yg lebih dekat dengan rumah jew~ But now, finally I datang sini lagi!  
Mula2 kitorang makan dulu.. dekat IPC , sebab hubby salah parking ~ so makan pun kan restaurant nyoya je yang ada kat bawah sebelum entrance IKEA~ not bad food dia ~ lepas tu terus rushing pergi Cathay Cineplax, sebab movie start pukul 6.15.. after rushing like 'mad' finally we reach here! 
PLATINUM MOVIE SUITS @ Cathay Cineplax - E-Curve - Mutiara Damansara.
Rasa best sangat dengan tempat ala-ala VVIP nie, actually bila kita beli PMS ticket ni memang banyak benefitnyer.. rasa berbaloi sangat dengan harga nya.. kita boleh masuk 1 hour early before movie start.. enjoy soft drinks (FREE) massage chair~ free and easy with TV and magazines ~
FREE online with computer..some more.. dalam PMS nie, ada 12 couple seat jer.. yang mana sofa nyer besar sangat untuk orang yang besar macam aku nie ha.. hahahahaaaada meja kecil  untuk kita letakkan segala barang  dan yang penting boleh reclined...BEST! batak sekejap kami.. yang paling  best PMS hari ni tak de orang.. so :: kitorang berdua jew.. Mmg happy and enjoy sgt.. harap2 boleh bawak kawan2 baik i pulak datang sini suatu hari nanti! insyalallah...  XOXO !!

No comments:

Post a Comment