Friday, April 25, 2014

'BREECH BABY' DUGAAN ALLAH.. Untuk aku terus mengingatiNya..Alhamdulillah..

Ini bukan perut aku tau :-D tapi pertanyaan baby tu sama lah pertanyaan si puteri yang bertuah dalam pewot aku nie :-) mayb dia confius? dari 6 Bulan lagi doktor dah sahkan 'She is in a breech condition' singkatnya Songsang :-( sampai last checkup hari tu '28 Weeks' = 7 bulan dia masih dia tempat sama.. Allah tu Maha Kaya.. dia tunaikan permintaan aku yang dah lama menanti malaikat kecilnya untuk aku lahirkan, tapi menduga aku dengan keadaan ini.. Supaya aku terus mengingatiNya dan tidak alpa dengan nikmatNya..
           Alhamdulillah.. itu lah sahaja ayat yang mampu buat aku terus kuat dengan dugaannya.. kalau dugaan ini untuk aku terus mengingati dan mengagungkanMu.. aku redha..Andai ini penghapusan dosa - dosa silam ku dan kealpaan ku pada dunia fana mu ini Ya Allah.. aku tambah redha dan memanjatkan syukur padamu Ya Allah...
           Aku tidak mempunyai apa2 masalah sepanjang kehamilan ini selain mabuk diawal kehamilan.. selebihnya aku amat selesa dengan kehamilan ini berbanding dengan kehamilan sebelum ini. Selesa dan kuat dari segala segi.. Namun kelahiran kedua-dua anakku yang sebelum ini pula amat mudah dan selamat dilahirkan secara normal buat aku amat amat takut dengan berita yang doktor sampaikan ini, sementelah pula kelahiran secara cesareans sahaja yang mampu menyelamatkan kami berdua.. apa yang mampu aku lakukan berdoa agar keajaiban berlaku sehingga masa kelahirannya kelak.. Amin..
            Walaupun ada yang sarankan aku untuk berurut.. segala consequences yang telah dinyatakan doktor dan hasil dari 'penggooglelan' buatkan aku jadi lagi tambah takut.. that's why my conclusion just hope that she will be back in correct position on one 'fine' day.. Amin...
             Apapun.. aku harap kami berdua selamat bila sampai waktunya nanti.. Mohon doa kalian juga dari aku manusia yang menumpang di bumi mu ini Ya Allah..



         

No comments:

Post a Comment